Isnin, November 11

MAJLIS PERTUKARAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM (PK KO)

Pertukaran dua penjuru antara Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu En. Zainuddin Bin Muda ke SMK Tun Telanai dan En. Muhammad Bin Salleh ke SMK Merchang. En. Zainuddin Bin Muda telah berkhidmat selama 11 tahun di SMK Merchang . Semua warga SMK Merchang mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan merakamkan jutaan terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan di sini. "Jasamu Dikenang".

Bagi mengenang jasa beliau sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Merchang, Unit Beruniform telah menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.







Semua guru dan pelajar bersalam-salaman dengan beliau. Semoga kita berjumpa lagi.





Seluruh warga SMK Merchang juga mengalu-alukan kedatangan Penolong Kanan Kokurikulum baru iaitu En. Muhammad Bin Salleh.Selamat datang diucapkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAJLIS PERTUKARAN TEACHER SHAMSIAH  KE SMK SERI SERATING 2019