Ahad, Jun 23

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN BERSAMA PIBG 2013


TAHNIAH CIKGU!!!

Sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Marang 2013 yang diadakan di Dewan Ibnu Khaldun, SMKA Durian Guling baru-baru ini, SMK Merchang telah menerima beberapa anugerah dan penghargaan iaitu :-

GURU CEMERLANG PEND. KHAS (SM)                           -  SITI AISYAH BINTI JUSOH
GURU CEMERLANG KOKURIKULUM (SUKAN-SM)    -  ADNAN BIN NORDIN
KATEGORI GURU CEMERLANG SETIAP SEKOLAH     -  FARIDAH BINTI ALI
PENGURUSAN BENGKEL KH TERBAIK (SM)     
PENGURUSAN ICT TERBAIK (SM)

Ahad, Jun 9

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Penggal persekolahan secara rasminya bermula 9 Jun 2013 dan para pelajar SMK Merchang kembali ke asrama pada 8 Jun 2013. Diharapkan para pelajar telah menggunakan cuti persekolahan dengan bijak dan bersedia untuk penggal kedua yang lebih mencabar khasnya kepada para pelajar tingkatan 3, 5 & 6.

Selasa, Jun 4

CUTI PENGGAL 1 ( 24.05.2013 - 8.05.2013 )

Selamat bercuti kepada semua guru dan pelajar. Semoga dapat memanfaatkan cuti dengan sebaik-baiknya terutama kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM.

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SMK MERCHANG 2013

SMK Merchang telah mengadakan Perkhemahan Badan Beruniform pada hari terakhir persekolahan      penggal 1 selama 3 hari 2 malam bertempat di Pusat Ko-Kurikulum SMK Merchang.




SELAMAT HARI GURU DAN HARI PEKERJA 2013







SMK Merchang meraikan Hari Guru dan Hari Pekerja 2013 pada hari ini 16 Mei 2013. Seperti biasa guru - guru dan staf diarak masuk ke Dewan Makmur diiringi pukulan kompang oleh para pengawas sekolah. Sebaik sahaja guru-guru dan staf tiba di dewan, mereka dipersembahkan dengan persembahan silat oleh para pelajar. Selepas doa dibacakan, majlis diteruskan dengan bacaan perutusan Pengarah JPNT yang dibacakan oleh PK Pentadbiran , En. Suberi bin Abdullah, diikuti bacaan perutusan dari Ketua Pengarah yang dibacakan oleh PK HEM, En. Mohd Zainuddin bin Mohd Ali dan akhir sekali perutusan dari Menteri Pelajaran diwakili PK Kokurikulum, En. Zainuddin bin Muda. Seterusnya diikuti ucapan wakil pelajar selaku Ketua Pelajar 2013. Puan Pengetua, Pn. Fatimah binti Jusoh juga menyampaikan ucapan diikuti dengan Upacara Perasmian Sambutan Hari Guru dan Pekerja oleh YDP PIBG dengan memotong kek bersama-sama pihak pengurusan sekolah. Majlis diteruskan dengan Deklamasi  Sajak dan persembahan para pelajar. Majlis turut dihadiri oleh wakil ALUMNI dan juga PIBG SMK Merchang. Sebelum majlis berakhir, Guru-guru dan staf menerima cenderamata daripada pengawas sekolah.

Acara sukaneka antara para pelajar dan guru juga telah diadakan selepas itu sebelum guru - guru diraikan dalam satu majlis makan tengahari di Kantin Smk Merchang. Terima kasih diucapkan .

MAJLIS PERTUKARAN TEACHER SHAMSIAH  KE SMK SERI SERATING 2019