Selasa, November 11

MAJLIS GRADUASI 2014

Pada 23 Oktober 2014 (Khamis) telah diadakan Majlis Graduasi untuk semua Pelajar Tingkatan 5 yang akan menamatkan persekolahan mereka. Semua Pelajar Tingkatan 5 dianugerahi Sijil Graduasi di samping memakai jubah.Tahniah diucapkan kepada semua.






SAMBUTAN HARI KELUARGA 2014

Hari Keluarga Kelab Guru dan Staf Merchang (KLUSMER) telah diadakan pada 27 September 2014 di Pantai Kelulut. Pelbagai acara telah diadakan untuk semua guru dan staf bersama-sama ahli keluarga masing-masing. Tahniah untuk AJK KLUSMER serta semua ahli keluarga SMK Merchang yang menjayakan program ini.






SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2014

Pada hari Rabu bertarikh 6 Ogos 2014, SMK Merchang telah mengadakan sambutan hari raya peringkat sekolah yang telah diadakan berhampiran Dewan Makmur, SMK Merchang. Semua guru, pelajar dan kakitangan sokongan telah menghadiri majlis ini.










SAMBUTAN IHYA RAMADHAN & MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2014

Majlis ini diadakan di Dewan Makmur, SMK Merchang. Program ini dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam dan dihadiri oleh pentadbir dan para guru serta pelajar.






SAMBUTAN HARI KOPERASI 2014

Pada 21-22 Jun 2014 telah diadakan Hari Koperasi Sekolah. Perayaan Hari Koperasi Sekolah (HKS) disambut di peringkat sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.











MAJLIS PERTUKARAN TEACHER SHAMSIAH  KE SMK SERI SERATING 2019