KLUSMER

Kelab Keluarga SMK Merchang (KLUSMER) merupakan kelab yang dianggotai oleh semua guru dan juga kakitangan bukan guru.Matlamat utama penubuhannya ialah untuk mengeratkan hubungan ukhuwah di antara satu sama lain di dalam satu organisasi melalui aktiviti-aktiviti seperti Riadah,Lawatan,Hari Keluarga,pemberian cederamata hari lahir dan lain-lain.Hal ini akan melahirkan suasana yang harmonis dan kerjasama yang erat dalam kalangan anggota yang mendorong kepada kecemerlangan sekolah.

Komitment yang tinggi ahli KLUSMER dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah amat besar ertinya.Sehubungan dengan itu sebagai menghargai khidmat pengorbanan mereka,Unit Latihan dan Perkhidmatan,KLUSMER dan PIBG bercadang untuk mengadakan lawatan bermaklumat sebagai hadiah dan melepaskan penat lelah di atas kerja bakti mereka selama ini.

14-16 Jun 2012 : Lawatan bermaklumat di Kuala Lumpur 

Anjuran bersama  : Unit Perkhidmatan & PIBG SMK Merchang

Tajaan : Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT)

Lawatan Pemandu Aras : Lawatan Ke SMK PUTRAJAYA PRESINT 11 (1)
                                       Jalan P11 J1,
                                       Presint 11,62300,Putrajaya.
                                       (www.e-11one.com)


MAJLIS PERTUKARAN TEACHER SHAMSIAH  KE SMK SERI SERATING 2019