Selasa, Jun 4

SELAMAT HARI GURU DAN HARI PEKERJA 2013







SMK Merchang meraikan Hari Guru dan Hari Pekerja 2013 pada hari ini 16 Mei 2013. Seperti biasa guru - guru dan staf diarak masuk ke Dewan Makmur diiringi pukulan kompang oleh para pengawas sekolah. Sebaik sahaja guru-guru dan staf tiba di dewan, mereka dipersembahkan dengan persembahan silat oleh para pelajar. Selepas doa dibacakan, majlis diteruskan dengan bacaan perutusan Pengarah JPNT yang dibacakan oleh PK Pentadbiran , En. Suberi bin Abdullah, diikuti bacaan perutusan dari Ketua Pengarah yang dibacakan oleh PK HEM, En. Mohd Zainuddin bin Mohd Ali dan akhir sekali perutusan dari Menteri Pelajaran diwakili PK Kokurikulum, En. Zainuddin bin Muda. Seterusnya diikuti ucapan wakil pelajar selaku Ketua Pelajar 2013. Puan Pengetua, Pn. Fatimah binti Jusoh juga menyampaikan ucapan diikuti dengan Upacara Perasmian Sambutan Hari Guru dan Pekerja oleh YDP PIBG dengan memotong kek bersama-sama pihak pengurusan sekolah. Majlis diteruskan dengan Deklamasi  Sajak dan persembahan para pelajar. Majlis turut dihadiri oleh wakil ALUMNI dan juga PIBG SMK Merchang. Sebelum majlis berakhir, Guru-guru dan staf menerima cenderamata daripada pengawas sekolah.

Acara sukaneka antara para pelajar dan guru juga telah diadakan selepas itu sebelum guru - guru diraikan dalam satu majlis makan tengahari di Kantin Smk Merchang. Terima kasih diucapkan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MAJLIS PERTUKARAN TEACHER SHAMSIAH  KE SMK SERI SERATING 2019