Pada 4 November 2013, Kelab Keluarga SMK Merchang (KLUSMER) telah mengadakan Jamuan Makan Akhir Tahun untuk para guru dan staf sokongan bertempat di Dewan Makmur SMK Merchang. Majlis tahunan diadakan
untuk meraikan guru - guru dan staf yang telah bekerja keras sepanjang tahun
2013. Walaupun hanya diadakan di dewan sekolah, tetapi majlis berlangsung meriah dalam suasana penuh santai. AJK Kelab Keluarga telah menghadiahkan sebuah beg kepada semua guru dan staf sebagai kenang-kenangan. Majlis diserikan dengan cabutan nombor bertuah untuk para guru dan staf.
Majlis ini merupakan tugas terakhir untuk AJK Kelab Keluarga. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir.
Majlis juga diadakan sempena meraikan pertukaran Penolong Kanan Kokurikulum iaitu En. Zainuddin bin Muda. Kelab Keluarga telah menghadiahkan cenderahati kepada beliau sebagai tanda ingatan.