Selasa, November 12

JAMUAN AKHIR TAHUN KELAB KELUARGA SMK MERCHANG (KLUSMER) 2013

Pada 4 November 2013, Kelab Keluarga SMK Merchang (KLUSMER) telah mengadakan Jamuan Makan Akhir Tahun untuk para guru dan staf sokongan bertempat di Dewan Makmur SMK Merchang. Majlis tahunan diadakan untuk meraikan guru - guru dan staf yang telah bekerja keras sepanjang tahun 2013. Walaupun hanya diadakan di dewan sekolah, tetapi majlis berlangsung meriah dalam suasana penuh santai. AJK Kelab Keluarga telah menghadiahkan sebuah beg kepada semua guru dan staf sebagai kenang-kenangan. Majlis diserikan dengan cabutan nombor bertuah untuk para guru dan staf. Majlis ini merupakan tugas terakhir untuk AJK Kelab Keluarga. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir. 






















Majlis juga diadakan sempena meraikan pertukaran Penolong Kanan Kokurikulum iaitu En. Zainuddin bin Muda. Kelab Keluarga telah menghadiahkan cenderahati kepada beliau sebagai tanda ingatan.




MAJLIS GOTONG ROYONG KHAS

Pada 4 November 2013 (Isnin) satu Majlis Gotong Royong Khas bersama komuniti setempat telah diadakan anjuran SMK Merchang dan PIBG SMK Merchang. Gotong royong ini diadakan di Surau Haji Ya dan Rumah Warga Emas di Gong Kasim, Merchang.






































MAJLIS PERTUKARAN TEACHER SHAMSIAH  KE SMK SERI SERATING 2019